Penerangan
5 September 2023, Gelang Patah , Johor - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Kawasan perindustrian SILC , Johor bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pemeriksaan dijalankan bertujuan bagi semakan susulan penambahbaikan yang telah dijalankan oleh premis . Hasil pemeriksaan mendapati premis telah melakukan segala penambahbaikan yang telah diarahkan dan premis dikehendaki untuk teruskan pemantauan secara berterusan agar tiada pencemaran berlaku.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.