PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

04 September 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127). Hasil pemeriksaan mendapati premis patuh kepada peraturan-peraturan yang tertakluk ke atasnya iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara berkaitan yang memerlukan tindakan penambahbaikan oleh pihak premis. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan tersebut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan pencemaran kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan