Penerangan
4 September 2023, Seelong , Johor - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Kawasan Seelong , Senai , Johor bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak premis . Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) serta arahan lapangan dikeluarkan kepada pihak premis agar tindakan pembetulan dilakukan segera .
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.