PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

KES KEBOCORAN GAS STYRENE MONOMER KILANG PETROKIMIA, PASIR GUDANG

DOE Johor 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KES KEBOCORAN GAS STYRENE MONOMER KILANG PETROKIMIA, PASIR GUDANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

24 Ogos 2023, PASIR GUDANG: Kejadian kebocoran gas styrene monomer sebuah kilang petrokimia di Pasir Gudang pada 23 Ogos 2023 telah menggemparkan penduduk Pasir Gudang dan menjadi tular di media sosial. Pihak BOMBA dan JAS berada di tempat kejadian bagi mengawal dan memantau pencemaran agar tidak menjejaskan penduduk berhampiran. YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Exco Alam Sekitar Negeri Johor turut meninjau lokasi kejadian dan diberi taklimat kejadian oleh pihak BOMBA. Turut hadir Pengarah BOMBA Johor, Pegawai Daerah Johor Bahru, wakil Jabatan Kesihatan dan wakil JAS Johor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, En. Mohd Rashdan Topa. Taklimat disampaikan oleh pihak BOMBA berkenaan tindakan yang diambil bagi mengawal kebocoran gas Styrene Monomer di tangki simpanan bahan kimia premis. Operasi BOMBA ditamatkan pada jam 10 pagi dan tahap kualiti udara kembali pulih dan normal. Pada masa ini, tiada lagi kebocoran gas berlaku. Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemantauan kualiti udara sejak 23 Ogos 2023 menggunakan Portable Multigas Analyser (CEREX) di Kampung Pasir Gudang Baru dan bacaan menunjukkan tahap kualiti udara adalah normal.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan