Penerangan
22 OGOS 2023, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti kejuruteraan (aksesori perabot) di Kawasan MIEL, Bandar Seri Alam berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi empat (4) unit alat pembakaran bahanapi dan satu (1) unit cerobong.
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat perbezaan pada bilangan punca pencemar, rekod pemantauan prestasi dan perbezaan pada sistem penyaluran di lapangan dengan lukisan kejuruteraan ‘as-built' yang dikemukakan.
Satu "field citation" telah dikeluarkan untuk premis dan perunding mengemukakan semula permohonan Pemberitahuan Bertulis dibawah Peraturan 5 dan Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dengan mengambilkira semua penambahbaikan.