Penerangan
5 Ogos 2023, Senai - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di kawasan perindustrian Senai bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak premis. Arahan lapangan dikeluarkan kepada pihak premis agak tindakan pembetulan dilakukan segera.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.