Penerangan
07 November 2023, MELAKA - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka Encik Rosli bin Musfafa bersama Ketua Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Melaka Encik Janizan bin Abu Kasim dan beberapa orang pegawai dari Unit Pengawasan dan Pendidikan JAS Melaka telah menyusuri sungai Punggur pada 2 November 2023 untuk mencari punca-punca yang menyebabkan berlaku penurunan kualiti air sungai tersebut.
Terdapat beberapa punca pencemar kawasan terbabit antaranya adalah terdapat aktiviti penternakan di beberapa buah tempat, kumbahan daripada perumahan dan juga daripada kilang pemprosessan ayam.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama