Penerangan
2 November 2023, Shah Alam - Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (KESAS) telah menganjurkan webinar yang bertajuk “Webinar Pelaksanaan Pembangunan Yang Lestari Di Negeri Selangor" . Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada Jururancang, Pemaju Projek, Jururunding EIA, Pegawai Alam Sekitar (EO) dan mereka yang dalam merancang sesuatu pembangunan dan penggubalan dasar telah menyertai webinar ini.