Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK DI TANAH LOT 560, MUKIM 10, BATU 4, JALAN SEMPADAN, SEBERANG PERAI SELATAN
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 09/11/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
1 November 2023 (Rabu) - Satu lawatan tapak telah diadakan bagi membincangkan diantara pemilik tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan penyewa yang telah menyalahguna dengan meletakkan barang-barang sehingga mengganggu penyewa-penyewa lain. Lawatan ini juga dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal bagi mendapatkan pandangan dan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Agensi yang terlibat adalah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pejabat Daerah & Tanah, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. JAS menjalankan pemeriksaan berdasarkan punca kuasa yang telah ditetapkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.