PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN

DOE Sabah 09/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/11/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>SANDAKAN

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN TARIKH : 30.10.2023 (Isnin) MASA : 08:00AM - 5:00PM PEGAWAI PERONDA : PPKK SJ & PJ ZP KAW. RONDAAN: Sandakan - Jalan Labuk - Jalan Beluran - Sandakan TUGAS: 1. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beluran. (9am-12pm : akan dilaporkan secara berasingan oleh PJ ZP) 2. Siasatan Aduan Asap Hitam dari KKS Berkat Setia Sdn. Bhd. (1.00pm - 3.10pm) 2. Rondaan OMPT PENEMUAN: KKS Berkat Setia 1. Pemerhatian secara visual tidak dapat dilaksanakan kerana kilang tidak beroperasi : keterangan dari pihak kilang menyatakan kilang berhenti proses pada jam 11:00am kerana masalah kualiti air Dandang : Total Disolve Solid/TDS mencapai bacaan 7000ppm) 2. Semasa pemeriksaan peralatan pemantau CEMS tidak berfungsi dan tidak ada bacaan dikeluarkan pada skrin monitor CEMS. Penjelasan kilang : pihak juruperunding telah memaklumkan JAS berkaitan kerosakan komponen eletronik terbakar pada 3 Ogos 2023 dan telah diperbaiki namun masih ada masalah kabel penyaluran data dari punca ke monitor skrin. 3. Pemeriksaan DE terhadap pelaporan data CEMS kilang Berkat Setia Sdn Bhd kepada sistem CEMS JAS mendapati bacaan terakhir di laporkan pada 5 November 2020. 4. Peralatan/Komponen AKPU Scrubber iaitu nozle dan paip telah rosak dan kerosakan tersebut tidak dilaporkan kepada pihak JAS. Keterangan secara lisan oleh pihak kilang menyatakan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada 2.11.2023. 5. Pemeriksaan alat pemantau Smoke Density Meter berfungsi tetapi bacaan pelepasan asal pada tahap 0% kelegapan kerana kilang tidak beroperasi. 6. Kilang beroperasi pada tarikh aduan di terima namun tidak ada data berkaitan diperolehi dari alat pemantau Smoke Density Meter kerana tidak ada paparan memory di pasang sementara peralatan CEMS tidak memberi bacaan kerana masih mengalami masalah pengiriman data seperti dinyatakan pada perkara 2 di atas. 7. Peralatan Incinerator telah tidak digunakan oleh pihak kilang. RONDAAN OMPT 1. Tiada PT dikesan semasa rondaan. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: 1. Field Citation :- 1.1 Memastikan pengoperasian Alat Kawalan Pencemaran Udara Scubber di baiki, diselenggara, dan berfungsi dengan sewajarnya pada setiap masa. Tindakan ini hendaklah dilaksanakan serta merta. 1.2 Menyelenggara, membaiki & mengkalibrasi peralatan kawalan udara CEMS serta memastikan ianya berfungsi pada setiap masa. Pelaporan bacaan CEMS hendaklah dihantar kepada JAS melalui sistem iREMOTE tanpa gagal sepanjang kilang beroperasi. 1.3 Memastikan pada setiap pasa pelepasan asap cerobong dandang terkawal dimana kandungan Dust Particulate tidak melebihi 150mg/m³ dan Obscuration (kelegapan) tidak melebihi 20%. 2. Syor Notis Arahan 3. Syor POK bagi pihak kilang mengambil tindakan pembaikan segera perkara-perkara di atas terutama AKPU Scrubber & peralatan/komponen CEMS. CATATAN: 1. Tiada Cuaca : Cerah

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan