Penerangan
Lenggong, 11 OKTOBER- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah dijemput memberi ceramah bertajuk Pengurusan Sisa untuk Menangani Masalah Pencemaran Alam Sekitar bersama Pengusaha Pelancongan anjuran Majlis Daerah Lenggong.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan JAS Perak, Encik Muhammad Ridzuan Bin Mohd Alias. Program ini dijalankan bagi memberi maklumat dan kesedaran tentang kepentingan pengurusan sisa kepada pengusaha pelancongan khususnya di kawasan daerah Lenggong. Berikutan peningkatan sektor pelancongan seperti tempat penginapan, resort dan chalet yang giat dibina di tepi sungai yang dikhuatiri akan menjejaskan kualiti air sungai.
#NRECC
#hariozonsedunia2023
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2023
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari