PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

OPERASI SIASATAN ADUAN & PEMANTAUAN KUALITI UDARA

DOE Perak 02/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI SIASATAN ADUAN & PEMANTAUAN KUALITI UDARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/11/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan pengawasan kualiti udara dan rondaan di waktu malam di kawasan Simpang Pulai susulan penerimaan beberapa siri aduan pencemaran bau kimia daripada penduduk kawasan Simpang Pulai. Pengawasan pemantauan udara tersebut dijalankan menggunakan alat Portable Multigas Analyzer-CEREX dan Alat Pemantauan Kualiti Udara GRIMM di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Pengawasan Kualiti udara ini dijalankan dalam tempoh 24 jam selama seminggu bermula 22 September 2023 sehingga 29 September 2023. Pengawasan udara dan rondaan pada waktu malam ini bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca industri yang menyebabkan pencemaran bau di kawasan Simpang Pulai. Turut serta semasa aktiviti pengawasan udara yang dijalankan adalah Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai Puan Wong Chai Yi dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Encik Abdul Aziz bin Parmin. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan awam tidak berlaku.Orang ramai adalah digalakkan membantu dan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan (eaduan.doe.gov.my). #NRECC #hariozonsedunia2023 #jabatanalamsekitar #jasperak_september2023 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan