Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Balai di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.
Dalam operasi ini 30 buah motosikal telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut 12 buah motosikal telah dibuat ujian & 12 Notis Arahan telah dikeluarkan. Operasi ini melibatkan seramai enam pegawai dari JAS WPKL dan anggota JSPT.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.