PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

AUDIT KESELAMATAN PERLINDUNGAN PEJABAT OLEH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN WP LABUAN

DOE WP Labuan 02/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT KESELAMATAN PERLINDUNGAN PEJABAT OLEH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

TARIKH: 31 OKTOBER 2023 (SELASA) MASA DAN TEMPAT: 9.30 PAGI (PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN) Nama staf: PENGARAH YY, NAM, JA, LJ, AMB, NL, DYA 31 OKTOBER 2023- Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Labuan telah melaksanakan inspektorat susulan di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Program bermula dengan taklimat ringkas mengenai mengenai latar belakang Jabatan Alam Sekitar oleh tuan pengarah, En. Yaras Bin Hj Yusup. Taklimat menyentuh secara ringkas merangkumi struktur ,operasi kerja dan penguatkuasaan yang dijalankan di Jabatan Alam Sekitar. Auditor yang diketuai Encik Norhaizat menerangkan audit susulan ini lebih kepada dokumentasi yang mana adalah untuk susulan terhadap penemuan atau dapatan inspektorat yang lepas. Maklumbalas dengan perlaksanaan keperluan terhadap penemuan yang lepas telah dilaksanakan oleh JAS WP Labuan yang sekaligus menunjukkan komitmen semua pegawai JAS WP Labuan dalam membantu menambah baik sistem keselamatan perlindungan di pejabat. Selain itu, beliau turut membantu menjawab beberapa isu berkaitan dengan keselamatan dalam sesi soal jawab bersama pegawai JAS Labuan. Selepas sesi perbincangan , sesi lawatan sekitar pejabat dilakukan oleh tiga (3) orang pegawai daripada pejabat ketua pegawai keselamatan dalam membantu membuat penilaian dan pemeriksaan untuk cadangan pemasanagan CCTV di tempat yang sesuai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan