Penerangan
TARIKH: 28 OKTOBER 2023 (SABTU)
MASA DAN TEMPAT: 7.30 PAGI-10.00 PAGI (PADANG MAJAL, PANCUR HITAM,KG.POHON BATU)
Nama staf:PK NAMYD, PMD ACT
28 OKTOBER- Pihak Perbadanan Labuan(PL) telah menjemput pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan ke program Penanaman 100 Juta Pokok. Selain daripada pihak JAS WP Labuan, pihak PL turut menjemput pihak agensi kerajaan lain, agensi swasta dan juga badan NGO untuk menyumbang tenaga dalam membantu penanaman pokok di kawasan tersebut. Turut serta pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga kelab Rakan Muda yang membantu dan memeriahkan lagi program tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil CEO Perbadanan Labuan (PL) yang mana dalam ucapan beliau memberitahu tujuan utama program ini adalah untuk memelihara alam sekitar yang mana fokus utama adalah kepada isu pemanasan global disebabkan pembangunan fizikal yang tidak seimbang. Justeru itu, diharap penamaman pokok ini dapat membantu dalam merendahkan suhu bumi dan penyerapan karbon. Beliau turut menekankan kerjasama semua pihak untuk memastikan menyebarkan kesedaran terhadap menjaga alam sekitar dalam penyertaan kepada program-program yang berkaitan kepada pemeliharaan alam sekitar. Sebanyak lebih kurang 350 pokok telah disediakan oleh pihak PL untuk program penanaman pokok pada hari tersebut yang mana ditanam sepanjang pantai kawasan tersebut. Antara pokok yang ditanam adalah pokok ru, pokok kelapa dan sebagainya. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua pihak yang terlibat.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan