Penerangan
Tarikh: 26-28 Oktober 2023
Tempat: Tiara Resort Labuan, PIMMAG Labuan Base & Pantai Tanjung Batu
Agensi Jemputan: JAS WP Labuan
Kursus latihan melawan tumpahan minyak yang dikendalikan oleh Petroleum Industry Of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) bersama pihak PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. dan menjemput bersama menjayakan kursus ini ialah pihak Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Kursus ini dijalankan pada 26 hingga 28 Oktober 2023 bertempat di Tiara Resort Labuan, PIMMAG Base Labuan dan Pantai Tanjung Batu. Jabatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIMMAG dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. kerana sudi menjemput JAS WP Labuan bagi bersama-sama menjayakan kursus ini.
Sukacita dimaklumkan kepada pihak yang berkemudahan di Labuan seperti pelabuhan, terminal, depoh minyak, pelantar dan lain-lain instalasi marin WAJIB mengaktifkan Oil Spill Response Plan Tier 1 bagi kejadian tumpahan minyak. Jika pihak yang berkemudahan tidak dapat mengawal tumpahan menggunakan aset kawalan tumpahan minyak tersebut, pihak kemudahan hendaklah melantik pihak ketiga yang berdaftar dengan pihak berkuasa untuk membantu pihak kemudahan mengawal tumpahan minyak dengan mengaktifkan Tier 2 peringkat Industri.
JAS WP Labuan mengingatkan kepada pihak kemudahan untuk sentiasa berwaspada akan kejadian yang tidak diingini seperti tumpahan minyak. Orang ramai terutama di Labuan hendaklah memaklumkan kepada JAS WP Labuan mengenai tumpahan minyak di talian 087-408772 (Pejabat) atau 010-2708772 (WhatsApp).
Sekian dan terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
"KEARAH PULAU BEBAS TUMPAHAN MINYAK"