PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PCSB OIL SPILL RESPONSE (OSR) OPERATOR COURSE

DOE WP Labuan 02/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PCSB OIL SPILL RESPONSE (OSR) OPERATOR COURSE
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/11/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

KEHADIRAN PENCERAMAH : PETROLEUM INDUSTRY OF MALAYSIA MUTUAL AID GROUP (PIMMAG) 26 OKTOBER 2023 - Sebuah kursus yang dikendalikan oleh PIMMAG telah diadakan bermula 26 oktober 2023 sehingga 28 oktober 2023. Objektif kursus adalah untuk menyediakan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal bagi mengendalikan peralatan tumpahan minyak sekiranya berlaku tumpahan minyak di tapak kerja peserta. Pada hari pertama kursus peserta telah diberi pengenalan mengenai Syarikat PIMMAG itu sendiri termasuk sejarah penubuhan dan aset-aset yang ada pada syarikat ini. Peserta juga diberi penerangan mengenai jenis tumpahan minyak dan kesannya, strategi menangani tumpahan minyak di laut, jenis-jenis Oil Boom dan aplikasinya serta jenis-jenis Skimmer dan cara pengoperasiannya. Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan, ceramah, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang telah dilakukan oleh PIMMAG semasa kursus latihan ini diadakan. Kursus seterusnya akan bersambung esok dan lusa. Sekian dan terima kasih. "ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA" #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan