Penerangan
SESI LIBAT URUS PENGEMASKINIAN DAN SEMAKAN ARAHAN TETAP OPERASI PENGUATKUASAAN (ATOP) JABATAN ALAM SEKITAR
?? TARIKH : 25-27 Oktober 2023
??TEMPAT : Hotel Concorde, Shah Alam
??????? WAKIL JAS SABAH : PP(K) Norhazwan Bin Norizan
??Kehadiran Lain:
Professor Dr. Hafizan Bin Juahir (Unisza)
Wakil Jabatan Kimia Malaysia; Pn. Azlina Binti Md Kassim
Wakil dari Bahagian- Bahagian di JAS Ibu Pejabat;
Wakil dari setiap JAS Negeri.
??Perkara-Perkara Yang Ingin Dimaklumkan:
1???Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh TKPO Dr. Norhazni Mat Sari yang antara lain menyampaikan beberapa amanat seperti berikut:
- Penambahbaikan ATOP perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa;
- Elemen forensic perlu dimasukkan dalam ATOP;
- Bhg.K akan menyelaraskan pengemaskinian ATOP dengan input dari JAS Negeri;
- ATOP perlu dijenamakan semula agar lebih praktikal untuk dirujuk oleh semua pegawai penguatkuasa;
- JAS Negeri perlu menyumbang idea untuk penambahbaikan ATOP;
- JAS Negeri disaran membuat mesyuarat bahagian operasi bagi mengenalpasti isu-isu penguatkuasaan yang perlu ditambah baik dan diselaraskan;
2??? Wakil-wakil JAS negeri telah dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi menyemak dan memberikan cadangan penambahbaikan terhadap ATOP susulan dari Bengkel ATOP yang telah diadakan di Port Dickson sebelum ini;
3???ATOP yang terlibat seperti berikut:
ATOP I - PROSEDUR TETAP OPERASI PENYIASATAN
ATOP II- PROTOKOL PERSAMPELAN DAN PENGENDALIAN SAMPEL
ATOP III- PROSEDUR RAKAMAN, PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN KETERANGAN GAMBAR DIGITAL
ATOP IV - PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN, PERINTAH LARANGAN DAN PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN LESEN
ATOP V- PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN
ATOP VI - PEMERIKSAAN DE (Baru)
4??? Bhg.K diberikan masa sehingga bulan Jun 2024 untuk melengkapkan pengemaskinian ATOP;