PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) SESI 2022/2023 #SERASI_20TAHUN sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Sabah

DOE Sabah 02/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) SESI 2022/2023 #SERASI_20TAHUN sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Sabah
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/11/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MAJLIS ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) SESI 2022/2023 #SERASI_20TAHUN sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Sabah Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) buat kali yang ke-12, Sesi 2022/2023 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Oktober 2023 bertempat di SHANGRI-LA TANJUNG ARU Kota Kinabalu anjuran oleh JAS SAbah & JPAS berserta Jawatankuasa Induk Anugerah SERASI Sesi 2022/2023 Teks ucapan perasmian YB Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah telah dibacakan oleh Yang Berbahagia Datuk Sr. Haji Mohd. Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir sebagai penyampai hadiah adalah Tuan Amirul Aripin (Pengarah JAS Sabah), Tuan Vitalis J Moduying (Pengarah JPAS), En Mohd Zaini Bin Yanin (Timbalan Pengarah JPN Sabah serta Encik Al Ashraf Zarif Al Bakri Ketua Aset Malaysia – Sabah (PTTEP) sebagai Rakan Strategik PTTEP. 7??? Anugerah yang telah disampaikan pada majlis ini adalah seperti berikut:- ?? Anugerah Mentor SERASI ?? Anugerah Wira SERASI (SM & SR) ?? Anugerah Harapan SERASI (SM & SR) ??? Anugerah Pengetua & GuruBesar SERASI ?????????? Anugerah Guru SERASI (SM & SR) ?? Anugerah Perubahan Iklim & SDG (SM & SR) ?? Anugerah Inovasi Alam Sekitar (SM & SR) ?? Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Seramai 505 jemputan yang terdiri daripada warga sekolah, PIBG sekolah, agensi kerajaan, NGO, swasta dan media telah hadir ke majlis ini. Turut hadir ke majlis SERASI_20Tahun ini adalah mantan Pengarah JPAS iaitu Datuk Eric Juin & mantan Pengarah JAS Negeri Sabah iaitu Datin Hanili Binti Ghazali. Selain penyampaian anugerah kepada pihak sekolah, pameran alam sekitar juga telah diadakan, pendaftaran ahli RAS, persembahan bicara berirama alam sekitar dari SMK Agama Kota Kinabalu serta persembahan tarian alam sekitar dari SK Kiawayan, Tambunan. Sesungguhnya kejayaan dan pencapaian yang telah diperolehi melalui Anugerah SERASI selama tempoh 20 tahun ini bolehlah di rangkumkan melalui tema sambutan SERASI kali ini iaitu Mengarusperdanakan Kesedaran Alam Sekitar di Sabah. #SERASI_20TAHUN #HASN2023