Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) SABAH BIL 1/2023
??Tarikh: 20 Oktober 2023 (Jumaat)
?Masa: 9.30 hingga 11.15 pagi
??Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Blok A, Aras 26, Menara Kinabalu
??Pengerusi: YB Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri
??????????Kehadiran JAS: TP/ KPP (P) AHM
????Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Sebanyak 6 taklimat dan 2 laporan dibentangkan semasa mesyuarat seperti berikut:
(i) Pelan Jerebu Kebangsaan oleh JAS;
(ii) Jangkaan Kesan MTL oleh Met Malaysia;
(iii) Kesiapsiagaan Aset dan Logistik menghadapi banjir oleh PDRM Kontijen Sabah;
(iv) Kesiapsiagaan Pengurusan Kebajikan menghadapi banjir oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah;
(v) Persediaan menghadapi banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah;
(vi) Garis panduan pemberian BWI dan lain-lain bantuan oleh NADMA;
(vii) Laporan Bencana MTL 2022/2023 oleh Sekretariat JPBN Sabah; dan
(viii) Laporan Bantuan MTL 2022/2023 dan kaedah pelaporan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan.
MTL akan bermula November 2023 hingga Mac 2024.