Penerangan
???? Program CEPA: Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Komuniti SK Nukahan, Beaufort ????
Tarikh : 20 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 7.00 am - 11.30 am
Tempat : Sk Nukahan, Beaufort.
Kehadiran JAS Sabah:
1. Unit OMPT
2. Ketua Unit Aduan, En. Aliudin yang menyampaikan ucapan Pengarah.
3. Semua Pegawai JAS Cawangan Sipitang.
Program CEPA ini telah dihadiri lebih kurang 150 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan Ketua Kampung di Sk. Nukahan, Beaufort serta agensi kerajaan yang dijemput dan urusetia program.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah seperti berikut:-
1. Ceramah Perundangan Pembakaran Terbuka di bawah AKAS1974 oleh JAS.
2. Ceramah Pengenalan Tanah Gambut, Pemeliharaan dan Pemuliharaannya yang disampaikan oleh Pn. Joan George dari Jabatan Perhutanan Sabah.
3. Ceramah Perkongsian Operasi Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut oleh Bomba.
4. Pertandingan mewarna murid-murid sekolah.