PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 31/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/10/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

28 OKTOBER 2023, SHAH ALAM – Sebagai acara kemuncak bagi sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd, TNB Connaught Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Kepong Berhad, Canon Opto (M) Sdn. Bhd., WCT Holdings Berhad, AMR Environmental Sdn. Bhd. dan Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. telah menganjurkan secara bersama Majlis Perasmian Sambutan HASN 2023 Peringkat Negeri Selangor di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar Negeri Selangor. Turut hadir, YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Johary bin Anuar, Timbalan SUK Pembangunan. YBrs. Puan Rahilah binti Rahmat, Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah Petaling dan Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Turut diadakan juga pelancaran buku coffee table yang bertajuk Khazanah Alam: Kelestarian & Kerentanan Tanah Gambut Negeri Selangor. Sijil penghargaan juga diberikan kepada 13 Rakan Strategik Alam Sekitar yang telah bersama-sama menganjurkan dan menjayakan 17 aktiviti sepanjang bulan sambutan HASN 2023 serta penyerahan sijil penyertaan kepada Rakan strategik Alam Sekitar yang berkolaborasi dalam Program Perintis Pengumpulan e-waste di Stesen Minyak Terpilih di Negeri Selangor. Majlis turut diserikan dengan persembahan bicara berirama yang telah dipersembahkan oleh Sekolah Kebangsaan Bangi dan sketsa alam sekitar oleh Sekolah Agama Menengah Rawang. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa sambutan ini seperti Pertandingan Mewarna dan Snake & Ladders bertemakan alam sekitar, pameran oleh agensi kerajaan, industri dan swasta, pengumpulan e-waste serta Program Plastic Busters di pasaraya berhampiran. Sambutan HASN yang disambut pada 21 Oktober pada setiap tahun ini bertujuan untuk mengajak seluruh masyarakat agar sama-sama meraikan semangat kecintaan kepada alam sekitar dan sambutan ini dianjurkan di seluruh Negara dengan pelbagai aktiviti pengisian program kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan