Penerangan
27 September 2023, Pekan, Pahang – Bahagian penilaian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan lawatan ke tapak cadangan Projek Pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 bagi melihat tapak cadangan projek serta menilai kesesuaian tapak cadangan tersebut.
Disamping pematuhan kepada Syarat - Syarat Kelulusan EIA, Penggerak Projek juga diingatkan berkenaan pematuhan sepenuhnya kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama