PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Kilang sawit didenda RM12,000 lepaskan efluen lebih had

DOE Terengganu 31/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kilang sawit didenda RM12,000 lepaskan efluen lebih had
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/10/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kilang sawit didenda RM12,000 lepaskan efluen lebih had   KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat kilang kelapa sawit didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melepaskan sisa buangan cecair atau efluen melebihi had yang ditetapkan. Hakim Nooriah Osman, menjatuhkan hukuman denda itu pada Rabu selepas wakil syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditetapkan  di bawah Syarat Jadual Pematuhan Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127). Menurut pertuduhan, kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen 16 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada 26 September 2023 mendapati kilang kelapa sawit yang beroperasi di daerah Dungun ini telah melepaskan efluen melebihi had-had bagi  parameter Oksigen Biokimia yang diperlukan (BOD), 3 hari, 30oC yang mempunyai kepekatan sebanyak 162 mg/L melebihi had yang ditetapkan iaitu 100 mg/l dan Pepejal Terampai (SS) yang mempunyai kepekatan 488 mg/L melebihi had yang ditetapkan iaitu 400 mg/l. Sementara itu, Pengarah JAS  Terengganu, Ramli Abd. Rahman turut menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di negeri ini. "Laporan boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS," katanya.     #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan