30 Oktober 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 10/2023 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) dari 25 hingga 26 Oktober 2023.
Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 20 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 13 premis telah diperiksa yang membawa kepada 13 arahan di lapangan, 2 tawaran kompaun , 2 penyediaan kertas siasatan bagi izin mengkompaun, dan 2 notis arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka