Penerangan
30 Oktober 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah melakukan operasi gempur terhadap kilang Premis Yang Dilesenkan Buangan Terjadual (PYDT BT) pada 25 Oktober 2023 yang lalu bagi memastikan premis ini mengikut syarat-syarat yang dilesenkan. Premis ini beroperasi di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka.
Hasil siasatan mendapati premis ini mematuhi syarat-syarat lesen dan premis diingatkan supaya sentiasa kekal patuh terhadap syarat-syarat lesen dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama