Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENANAMAN POKOK BUAH-BUAHAN DENGAN KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 30/10/2023
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan|Port Dickson
Penerangan
Port Dickson- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad telah menganjurkan program penanaman pokok buah-buahan sempena Hari Alam Sekitar Negara yang bertempat di Petron Refinery Port Dickson.
Program ini dilaksanakan bertujuan membudayakan kesedaran dalam memelihara alam sekitar. Program ini juga dapat membentuk dan menyemai budaya serta gaya hidup menyayangi alam sekitar dalam kalangan masyarakat selaras dengan Motto JAS iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama".
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama