PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

DOE Negeri Sembilan 30/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/10/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Seremban

Penerangan

Program SLAAS telah memasuki kitar kesembilan bagi sesi 2023/2024 ini. Tahun 2023 merupakan tahun promosi bagi program SLAAS manakala penilaian dan penganugerahan akan dilaksanakan pada tahun 2024. Sehubungan dengan itu, bengkel bagi mempromosikan SLAAS Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Summit 2 Private School, Seremban 2, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 60 orang guru daripada sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan dan khususnya guru-guru di Negeri Sembilan yang telah hadir menjayakan bengkel SLAAS pada kali ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan