Penerangan
13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Tuan Norazizi bin Adinan telah dijemput untuk keudara di Mutiara FM. Intipati yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang semasa keudara adalah berkenaan Kempen Hentikan Pembakaran Terbuka. Melalui siaran radio ini, diharap dapat memberikan info yang berguna berkenaan larangan pembakaran terbuka. Dikesempatan ini juga, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sempat mebuat hebahan berkenaan Hari Alam Sekitar Negara yang akan diadakan tidak lama lagi.