Penerangan
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN PUNCA PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 29 OKTOBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat, 27 Oktober 2023..
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Tiada Pembakaran Terbuka dikesan.
Selain itu, siasatan aduan di kg Gong Datok, Kuala Nerus adalah berasas hasil penemuan kesan bakar belukar berhampiran perumahan. Walau bagaimanapun individu yang melakukan aktiviti tersebut tidak dapat dikesan, Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terlibat melakukan kesalahan tersebut.
Siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg Pulau Duyong, Kuala Terengganu, mendapati aduan berasas, berdasarkan kesan bakar sampah ditemui. Individu yang melakukan aktiviti tersebut tidak dapat dikesan, walau bagaimanapun banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut sebagai amaran keras berkaitan kesalahan tersebut.
Pasukan rondaan membuat pemantauan pencemaran marin di Pantai Telaga Papan, Setiu, tiada sebarang penemuan tarball dan tumpahan minyak.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama