PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/10/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN PUNCA PENCEMARAN KUALA TERENGGANU, 29 OKTOBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat, 27 Oktober 2023.. Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan sekitar Manir, Bukit Besar, Bukit Payong, Ajil, Wakaf Tapai, Kuala Berang, Telemong dan , Wakaf Mempelam mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Pemasangan banner telah dilalukan di kawasan longgokan pengumpulan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka. Pemantauan di Kawasan Perindustrian Ajil dan sekitar Kawasan Perindustrian Hulu Terengganu menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut. Pasukan penguatkuasa juga turut menjalankan rondaan dan membuat pemantauan di sekitar sungai Kuala Berang dan air terjun Sekayu mendapati tiada sebarang kelodakan atau kekeruhan pada air sungai yang berkemungkinan dilakukan dari aktiviti yang tidak terkawal pada hulu air sungai berkenaan. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan