Penerangan
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN PUNCA PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 29 OKTOBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman, terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat, 20 Oktober 2023..
Rondaan dan pemantauan di sekitar Chukai, Jakar, Mak Lagam, Binjai, Paman, Kemasik, Kerteh, Kijal, Teluk Kalong, Bukit Kuang, Bakau Tinggi, Gong Limau. Tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Banner telah dipasang di kawasan berpotensi berlaku Pembakaran Terbuka.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang, kawasan infrastruktur Check Dam di kawasn yang sering berlajkuk kebakaran semasa musim kering dan di kawasn pantai, mendapati tiada sebarang kejadian abnormal dan pencemaran tarball dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama