Penerangan
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN PUNCA PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 29 OKTOBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat, 20 Oktober 2023..
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Pemasangan banner “Larangan Pembakaran Terbuka?? telah dipasang di Kg. Tok Jiring, Gong Pak Damat, Jalan Semarak dan Wakaf Tengah kerana terdapat longgokan sisa pokok dan sisa dari pembinaan yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Pasukan penguatkuasa juga membuat pemantauan di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Selain itu pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan, Kuala Nerus juga dilakukan, tiada yang abnormal dikesan.
Pasukan penguatkuasa juga menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Jalan Bukit Besar mendapati aduan adalah berasas, pembakaran adalah dlm skala yang kecil di kawasan kejiranan, amaran keras dan telah diberi kepada pelaku agar tidak melakukan pembakaran terbuka.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama