Penerangan
23 Oktober 2023 (Isnin) – MSM Berhad telah mengadakan Program Minggu Alam Sekitar Malaysia di premisnya yang terletak di Perai. Program yang dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Pelbagai pengisian telah dijalankan oleh pihak MSM Berhad sempena program ini antaranya ialah, ucapan aluan dan perasmian, ikrar alam sekitar gimik pelancaran program, acara penanaman pokok bakau, taklimat berkenaan kitaran hidup kelip-kelip serta taklimat kemajuan kerja permohonan penambahbaikan sistem rawatan pengolahn efluen perindustrian.