Penerangan
TARIKH: 21 OKTOBER 2023 (SABTU)MASA DAN TEMPAT: 7.30 PAGI-10.00 PAGI (PLAZA BERPAYUNG KOMPLEKS SUKAN AIR WP LABUAN)
Nama staf:PK NAMYD, MYSTEP NAA
21 OKTOBER- Pihak PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd (PCM) telah menjemput pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan ke majlis ini sempena untuk penyampaian hadiah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan program PCG Be Green yang telah dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang dua (2) bulan bermula September hingga Oktober. Selain daripada pihak JAS WP Labuan, pihak PCM turut menjemput pihak rakan strategik yang lain yang terdiri daripada Perbadanan Labuan(PL) dan Jabatan Pendidikan WP Labuan (JPL). . Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sektor Pengurusan, Jabatan Pendidikan WL Labuan, Puan Lina Anak Encharang yang mana dalam ucapan beliau menekankan kerjasama semua pihak untuk memastikan kesedaran terhadap menjaga alam sekitar dalam membantu membudayakan budaya sayangkan alam sekitar di kalangan pelajar sekolah dengan melalui penganjuran program-program tanggungjawab sosial koprat. Ketua Pegawai Eksekutif PCM , Tuan Hj Hiffani M Jalil telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada rakan- strategik PCM iaitu JAS, JP dan PL. Aktiviti senaman ringan dan zumba serta aktiviti pembersihan pantai oleh para peserta dan tetamu kehormat turut diadakan semasa majlis ini berlangsung. Aktiviti kemuncak adalah penyampaian hadiah kepada sekolah -sekolah yang menyertai program PC Be Green dimana markah penilaian merangkumi ketiga-tiga aktiviti pertandingan yang telah dilaksanakan iaitu pengumpulan e-waste, penghasilan menggunakan produk kreatif dan penghasilan video kreatif. SM ST Anthony telah menjadi juara keseluruhan diikuti dengan SMK ST. Anne, SMK Labuan dan akhir sekali SMK Tmn Perumahan Berdaun. Majlis berakhir dengan sesi bergambar semua pihak sekolah yang terlibat bersama pihak PCM dan wakil-wakil rakan strategik PCM.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan