Penerangan
21 Oktober 2023, Sepang - Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sepang telah menganjurkan program pengumpulan e-waste dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi di perkarangan masjid.
Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam, dan slogan JAS “ Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama??, diterima oleh semua pihak dalam usaha mewariskan bumi kita ini untuk generasi kita masa kini dan akan datang.