Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR ANJURAN JAS CAWANGAN GOMBAK
21 Oktober 2023, Gombak - Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak telah menganjurkan program pengumpulan e-waste dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang di Giant Hypermarket, Batu Caves.
Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam, dan slogan JAS “ Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama??, diterima oleh semua pihak dalam usaha mewariskan bumi kita ini untuk generasi kita masa kini dan akan datang.