Penerangan
PROGRAM PENANAMAN POKOK - 1 RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023
21 Oktober 2023, Dengkil - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Canon Marketing Malaysia, Canon MailCom Malaysia, Canon Medical Systems, Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter dan Jabatan Perhilitan telah menganjurkan secara bersama program penanaman pokok 1 RAS 1 Pokok Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor di Paya Indah Wetlands, Dengkil.
Program ini adalah sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di bawah kementerian ini yang menjadi agenda Nasional, dan Rakan Alam Sekitar (RAS) komited mengambil bahagian dalam pelaksanaannya.
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara di Negeri Selangor ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seramai 200 orang peserta telah menyertai program ini dan telah berjaya menanam 500 pokok .