Penerangan
JEMPUTAN KERJASAMA PROGRAM CSR PEMBERSIHAN SUNGAI ANJURAN MALAYSIA RAIL LINK SDN. BHD. DAN CHINA COMMUNICATIONS CONSTRUCTION COMPANY (CCCC) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
24 Oktober 2023, Ulu Yam - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah dijemput untuk bagi program CSR pembersihan sungai anjuran Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dan China Communications Construction Company (CCCC) sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Sungai Batu, Hutlista 2, Ulu Yam, Gombak. Program yang dirasmikan oleh Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Aktiviti ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai serta memupuk rasa cintakan alam sekitar. Persekitaran yang bersih pastinya dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.