PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI PERLIS

DOE Perlis 27/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 23 Oktober 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2023 (HASN 2023) Peringkat Negeri Perlis di Dewan Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis, Kangar. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Megat Hashirat Bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perlis bagi Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat dan Kesihatan. Sempena sambutan HASN 2023 Peringkat Negeri Perlis, pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya ialah pertandingan mewarna pelajar pra-sekolah, Forum Pengurusan Sisa, pertandingan reka cipta dari bahan kitar semula, pertandingan fotografi, pertandingan video pendek dan reruai pameran oleh Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, iaitu Master Jaya Greentech Sdn Bhd, Petronas Gas Berhad, Negeri Sembilan Cement Industries Sdn Bhd dan Key Master Enterprise serta agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Indah Water Consortium Sdn. Bhd. dan Environment Idaman Sdn. Bhd. Turut diadakan kempen pengumpulan e-waste bagi seluruh warga UniMAP dan juga penduduk sekitar. Seramai lebih 500 orang peserta menyertai aktiviti pada sambutan kali ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat bermula dari kanak-kanak tadika, sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi, industri dan orang awam. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perlis, UniMAP dan Rakan-Rakan Strategik serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran sambutan HASN 2023. Semoga usaha ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih cakna tentang pencegahan pencemaran serta pemuliharaan alam sekitar khususnya di Negeri Perlis dan akhirnya menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai sebahagian budaya hidup. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_oktober2023 #hasn2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan