Penerangan
KANGAR, 23 September 2023 – Seramai lebih 140 orang peserta menyertai aktiviti *FUN WALK @ CHUPING* bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2023 Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di FGV Chuping Agro Valley, Jalan Kilang Gula Chuping, Beseri, Perlis.
Program *FUN WALK @ CHUPING* anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dan rakan strategik FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. telah dirasmikan oleh YB Tuan Megat Hashirat Bin Hassan, EXCO Alam Sekitar Negeri Perlis.
Antara aktiviti yang diadakan adalah FUN WALK @ CHUPING sejauh 2.5 km, penanaman pokok herba, acara memanah, demostrasi ‘fire breaker’ dan ‘fire drill’.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis turut memanfaatkan program ini sebagai medium perkongsian maklumat mengenai perundangan alam sekitar khususnya berkaitan larangan pembakaran terbuka kepada peserta program yang terdiri daripada pemegang taruh di peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pertubuhan Peladang dan Operator Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis akan terus melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kesedaran alam sekitar serta menyebarkan maklumat kepada setiap lapisan masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang mementingkan kelestarian alam sekitar.