Penerangan
23 Oktober 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyertai Program Kitar Semula ‘Singgit Seposen’ Infineon & Komuniti sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat negeri Melaka tahun 2023 dan ‘50 years Infineon Melaka’ yang diadakan di ruang parkir KOPABA, Pengkalan Batu, Melaka pada 21 Oktober 2023 yang lalu. Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Kalsom binti Nordin, ADUN Pengkalan Batu, Melaka dimana turut dihadiri oleh YB Alex Seah Shoo Cin, ADUN Kesidang.
Program ini bertepatan dengan objektif mendidik masyarakat dan mempromosikan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti di negeri Melaka. Di program itu kaunter pandu lalu telah disediakan untuk komuniti menghantar bahan kitar semula seperti kertas, botol kaca, e-waste, fabrik terpakai dan minyak masak terpakai, uniknya bahan kitar semula yang dihantar akan ditimbang dan ditukarkan dengan wang tunai. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyokong usaha agensi dalam melestarikan alam sekitar.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama