Penerangan
23 Oktober 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah melaksanakan Program Seminar Penipisan Lapisan Ozon sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 yang telah diadakan di Pusat Latihan TeknologiTinggi (ADTEC) Melaka pada 16 Oktober 2023 yang lalu. Program bertemakan “Montreal Protocol : Fixing the ozone layer and reducing climate change?? telah dirasmikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah JAS Negeri Melaka. Taklimat pertama disampaikan oleh Encik Wan Asrizu bin Wan Abdul Rashid, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Seksyen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara, JAS Ibu Pejabat yang memberi pendedahan mengenai pengenalan dan kesan lapisan ozon, perundangan dan pelaksanaan Protokol Montreal serta promosi berkaitan Program Pensijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) kepada peserta program. Selain itu, taklimat kedua disampaikan oleh Puan Rohaiza binti Ab Aziz, Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Cawangan Taboh Naning berkaitan pengenalan alat Refrigerant Identifier (RI). Demonstrasi penggunaan alat Refrigerant Identifier (RI) turut disampaikan oleh Unit Kenderaan Bermotor (UKB), JAS Cawangan Taboh Naning.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama