Penerangan
23 Oktober 2023, SUNGAI MELAKA FASA II – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) turut menyertai Program Gotong-Royong Perdana Sungai Melaka Fasa II anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang majlis perasmiannya telah diadakan di Dataran Pengkalan Rama, Sungai Melaka Fasa II pada 15 Oktober 2023 yang lalu. Program telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Program ini melibatkan sungai sejauh 5.2 kilometer (km) yang disertai lebih 1,200 peserta terdiri dari pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, Negeri dan orang awam bermula dari Taman Rempah sehingga Pintu Kawalan Air Batu Hampar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyokong usaha agensi dalam melestarikan alam sekitar. Program ini memupuk rasa tanggungjawab dalam membersihkan kawasan yang dilalui dengan memungut sampah sarap disamping budaya menyayangi alam sekitar terutamanya sungai.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama