PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN

DOE WP Labuan 27/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH: 12 OKTOBER 2023 (KHAMIS) MASA DAN TEMPAT:11.30 PAGI (PEJABAT PENDIDKAN WP LABUAN) Nama staf: PENGARAH YY, PK NAMYD 12 OKTOBER 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, En. Yaras Bin Hj Yusup telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad. Pengarah JAS memaklumkan program Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) yang telah dilaksanakan dengan penyertaan pelajar Sekolah Menengah St Anne pada Julai yang lalu. Selain itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar turut memberi penerangan mengenai beberapa program anjuran JAS yang melibatkan sekolah-sekolah di WP Labuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2023 . Antaranya adalah bengkel sekolah Lestari Anuegrah Alam Sekitar (SLAAS) dan English Enviromental Awareness Program and Petronas Go Green. Kedua-dua program ini bakal dilaksanakan pada bulan Oktober dan November. Manakala satu (1) program Minggu Cakna E-waste akan dilaksanakan pada tahun hadapan . Perkara yang dibincangkan adalah jalinan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar Labuan dengan Jabatan Pendidikan WP Labuan untuk memberi sokongan dan berkongsi pendapat untuk penambahbaikan dalam perlaksanaan program yang dirancang yang melibatkan penglibatan sekolah-sekolah rendah dan menengah WP Labuan. Diharap pihak Jabatan Pendidikan WP Labuan dapat menjadi pemudahcara untuk guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah untuk menyertai program berkaitan alam sekitar yang akan dilaksanakan kelak. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan