Penerangan
??? PELAKSANAAN KAJIAN TAPAK DAN LALUAN SALURAN PAIP BAGI PROJEK PEMBANGUNAN MEDAN DI LUAR PANTAI SABAH (KNNAG PHASE 3, SUMANDAK DEEP & SAMARANG PHASE 4) DAN KAJIAN SABAH AIRBORNE FULL-TENSILE GRAVITY GRADIOMETRY (FTG)(NORTH EAST SABAH) OLEH PETRONAS ??
???? Tarikh: 19 Oktober 2023 (Khamis)
?? Masa: 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
?? Tempat: Dewan Sri Kinabalu, Menara PETRONAS Kota Kinabalu
?? Anjuran: PETRONAS Sabah & Labuan
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) MAA & PP(K) FM
?? Ringkasan Laporan Sesi Taklimat:
?? Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah bagi mendapatkan sokongan, pandangan dan ulasan daripada Jabatan/Agensi Penguatkuasaan & Teknikal yang terlibat khususnya dalam keperluan perundangan dan teknikal yang perlu dipatuhi sepanjang pelaksanaan aktiviti kajian ini.
?? Kajian tapak dan laluan saluran paip yang akan dijalankan di kawasan medan KNNAG, Sumandak dan Samarang adalah terletak di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Offshore, Sabah. Walau bagaimanapun terdapat keperluan EIA untuk aktiviti projek pembinaan saluran paip baru daripada medan Samarang ke Labuan.
?? Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan lokasi telaga minyak dan gas untuk kempen eksplorasi dan pengerudian pada masa depan. Aktiviti kajian dijangkakan bermula pada bulan Oktober 2023 dan akan berlangsung sehingga bulan Januari 2024.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan ulasan teknikal daripada pihak JAS akan diberikan berdasarkan dokumen Environmental Risk Assessment (ERA) yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ZEE bagi aktiviti eksplorasi yang akan dijalankan.
?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan terdapat keperluan kelulusan Laporan EIA untuk aktiviti projek pembinaan saluran paip baru daripada medan baru yang akan dibangunkan iaitu Medan Glayzer ke Labuan.