PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KONVENSYEN INTEGRITI, TADBIR URUS DAN ANTIRASUAH (KITA) TAHUN 2023 - "INTEGRITI TERAS PERKHIDMATAN MADANI"

DOE Sabah 27/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KONVENSYEN INTEGRITI, TADBIR URUS DAN ANTIRASUAH (KITA) TAHUN 2023 - "INTEGRITI TERAS PERKHIDMATAN MADANI"
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

KONVENSYEN INTEGRITI, TADBIR URUS DAN ANTIRASUAH (KITA) TAHUN 2023 - "INTEGRITI TERAS PERKHIDMATAN MADANI" ???? Tarikh : 16 - 17 Oktober 2023 ????? Masa : 7.30am - 5.00 pm ?? Tempat : Sabah International Convention Centre (SICC) ?? Anjuran : Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ?????????????????? Kehadiran JAS Sabah : KPP AHM, PK(K) JM, PK(K) SNA & PPKK HMA 1. Konvensyen Integriti Tadbir Urus dan Antirasuah disempurnakan Oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan dihadiri hampir 2300 penjawat awam pelbagai kementerian, jabatan dan GLC dari seluruh Malaysia. 2. Objektif penganjuran KITA2023 adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keunggulan sahsiah diri di samping memberi pendedahan serta memperkaya pengalaman peserta dalam memantapkan pembudayaan nilai-nilai tata kelola, integriti dan antirasuah melalui perkongsian ilmu, inspirasi kejayaan dan budaya berprestasi tinggi. 3. KITA2023 ini juga dapat mewujudkan sinergi di antara agensi dalam memaksimumkan penggunaan pelbagai sumber dan idea dalam tindakan pemantapan tata kelola, integriti dan anti rasuah di organisasi masing-masing. 4. KITA2023 turut melafaskan Ikrar Polisi Integriti Penjawat Awam Negeri Sabah, merai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 39 Bilangan 2023 seramai 23 orang melalui Penyerahan Sijil Tamat dan juga Penyerahan Sijil Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tata Kelola Agensi (APTA) kepada 4 agensi yang berjaya menambahbaiki tata kelola di agensi masing-masing dari 19 agensi yang dicalonkan. Agensi tersebut adalah i. Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Perak (PDT Kinta) ii. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd iii. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iv. Kementerian Kewangan Negeri Sabah 5. Sepanjang 2 Hari KITA 2023 berlangsung, sebanyak 3 pleano iaitu i. Humanizing Service Delivery : Serve With Soul - YBhg Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar B Untong JP ii. Gerakan Pemantapan Tata Kelola Nasional - YBhg Dato' Nor Azmi B. Karim iii. Pembanterasan Rasuah Dalam Membangunkan Malaysia Madani : Peranan Kita - YBhg Prof Madya Dr Hartini Binti Saripan Manakala 2 forum interaktif iaitu i. Tata Kelola Di Era Digital Bersediakah Kita Moderator : YBhg Datuk Haji Zainudin Amin Panel 1 : YBhg Datuk Haji Rodzi Bin MD Saad Panel 2 : YBhg Prof Dato' Dr. Mazliham B. Mohd Su'ud ii. Integriti Teras Perkhidmatan Madani : Caknakah Kita Moderator : YBrs Dr Rozaidi Bin Abdul Rahim Razali Panel 1 : YB Dato' Murshid Diraja Dr Juanda Jaya Panel 2 : YBhg Sahibul Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan