Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) & FASILITI JAS SABAH BIL. 3/2023 ??
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 27/10/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) & FASILITI JAS SABAH BIL. 3/2023 ??
???? Tarikh Mesyuarat: 13 Oktober 2023 (Jumaat)
?? Masa: 9.00 - 11.30 Pagi
?? Tempat: Hybrid (Bilik Mesyuarat & Google Meet)
????????? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Tuan Pengarah
???????????????????????????????? Kehadiran Mesyuarat:
- KPP AHM (Pegawai Aset JAS Sabah)
- PP(K) NN (Pembantu Pegawai Aset Fasiliti)
- PP(K) FM (Pembantu Pegawai Aset Alih)
- 33 org Ahli JKPAK
Agenda Mesyuarat:
??Perutusan Pengerusi Mesyuarat;
??Pengesahan Minit Mesyuarat JKPAK JAS Bil. 2/2023 (Aset Alih & Fasiliti) & Perbincangan Perkara Berbangkit;
??Pembentangan Laporan JKPAK Suku Tahun Ketiga Tahun 2023 (Q3/2023) (Aset Alih & Fasiliti); dan
??Perbincangan Isu & Masalah berkaitan Pengurusan Aset Alih & Fasiliti serta Pengurusan Stor
Ringkasan Laporan Mesyuarat:
?? Peratus perbelanjaan peruntukan tahunan di bawah OS27000 dan OS35000 adalah masing-masing 98.86% dan 100% bagi Q3/2023.
?? Peratusan pemeriksaan aset alih dan verifikasi stor masih 0% kerana akan dilaksanakan pada suku tahun keempat yang bermula pada bulan Oktober 2023;
?? Kadar Pusingan Stok (KPS) yang dicapai sehingga Q3/2023 adalah 1.54. Target KPS telah dicapai keseluruhan akhir tahun KPS sekurang-kurangnya 4.0.
?? Hanya 1 unit Aset Kenderaan yang diselenggara pada Q3/2023 yg melibatkan perbelanjaan sebanyak RM570.00 kerana kekangan peruntukan di bawah OS28000.
?? Pelupusan aset di JAS Sabah yang telah dirancang bagi tahun 2023 melibatkan 75 unit aset yang telah rosak & tidak ekonomik untuk dibaiki. Sebanyak 33 unit aset telah selesai dilupuskan dan berbaki 42 unit aset pelupusan masih dalam tindakan dan perlu diselesaikan sebelum berakhir tahun 2023.