Penerangan
KURSUS PENGENALAN MEMACU PERUBAHAN LESTARI: MEMAHAMI DAN MENYETEMPATKAN SDG DI MALAYSIA
???? Tarikh: 12 Oktober 2023 (Khamis)
?? Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: Kampus INTAN Sabah
?? Anjuran: Kolaborasi INTAN bersama APPGM (Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia)
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: PPKK MP & PJ RL
?? Pengenalan APPGM-SDG:
?? Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM - SDG) adalah inisiatif dwi-partisan Parlimen Malaysia yang bertumpu terhadap pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di semua kawasan parlimen di Malaysia. Matlamat Pembangunan Lestari/Mapan (SDG) merangkumi matlamat untuk membasmi kemiskinan, melindungi bumi daripada kemusnahan serta memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat.
?? Antara tahun 2020 sehingga 2023, pihak APPGM-SDG telah menjalankan program-program penyetempatan SDG di 85 kawasan parlimen termasuklah beberapa kawasan di Sabah.
?? Pihak APPGM-SDG menggunakan metodologi kajian lapangan untuk memetakan isu-isu tempatan dan mengenalpasti projek solusi SDG mikro bersama rakan strategi.
?? Pihak APPGM-SDG juga menjalankan program-program pembangunan kapasiti menerusi mySDG Academy dan advokasi dasar melalui mySDG Centre for Social Inclusion dengan kerjasama pelbagai pemegangtaruh di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.
?? Visi APPGM-SDG adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penyelesaian isu tempatan di peringkat akar umbi, serta memastikan pelaksanaan SDG yang berkesan dan mampan untuk memastikan tiada yang ketinggalan