Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERSEDIAAN PELAN PELAKSANAAN KIGALI (KPI) PERINGKAT 1 BAGI MENGURANGKAN HIDROFLOROKARBON (HFC)
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 27/10/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU|Putrajaya
Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERSEDIAAN PELAN PELAKSANAAN KIGALI (KPI) PERINGKAT 1 BAGI MENGURANGKAN HIDROFLOROKARBON (HFC)
???? Tarikh: 9 Oktober 2023 (Isnin)
?? Masa: 9.00 am - 12.30 pm
?? Tempat: Putrajaya Marriott Hotel/Online
??????? Pengerusi: KPPK OCW (Bahagian Udara, Ibu Pejabat)
??????? Kehadiran : Pelbagai Agensi Berkaitan.
??????????Kehadiran JAS Sabah: PP(K) ALI
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
1??? Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri.
2???Ratifikasi ini menunjukkan komitmen negara dalam melindungi alam sekitar khususnya lapisan ozon dalam menangani perubahan iklim. Pindaan Kigali ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Sehingga kini, 110 buah negara telah meratifikasi pindaan tersebut termasuk Malaysia.
3???Kejayaan perlaksanaan pengurangan HFC di bawah Pindaan Kigali dijangka dapat membantu mengurangkan pemanasan global
4??? Penyertaan Malaysia dalam Pindaan Kigali ini adalah testimony kepada usaha berterusan negera dalam bersama-sama dengan komuniti global bagi menangani isu dan cabaran alam sekitar ke ras pembangunan yang lebih lestari.
5???JAS (Ibu Pejabat) dalam usaha untuk menyediakan pelan dan strategi untuk melaksanakan program berkaitan usaha menurunkan penggunaan HFC di Malaysia.
6???Semua agensi yang terlibat diminta untuk melaksanakan tanggungjawab untuk sama-sama dalam mematuhi perkara yang termaktub di bawah Pindaan Kigali bagi mencapai objektif yang ditetapkan.